Sunday, 24 February 2013

Memelihara tangan

Kedua-dua tangan perlu dipelihara
1. Daripada memalukan orang Islam
2.Daripada Mengambil harta yang haram
3. Daripada Menyakiti mana-mana makhluk Allah
4. Daripada mengkhianati amanah
5.Daripada  Menulis sesuatu yang tidak sepatutnya atau sesuatu yang tidak boleh kita katakan secara lisan.
Dikatakan pena itu merupakan lidah kedua. Dalam dunia moden ini tulisan yang dipaparkan melalui gerakan jari jemari juga perlu dijaga.

Saturday, 23 February 2013

SELEPAS...

Kesenangan akan di hargai apabila seseorang itu di timpa kesusahan
kesihatan hanya akan dihargai selepas ditimpa kesakitan
hanya orang tua yang memahami harga usia remaja kerana mereka telah melaluinya

TITIK NOKTAH

Akhirnya
Allah menoktahkan
kehidupan seorang insan apabila sampai saatnya
janji Allah itu pasti
Hidup di dunia ini hanya sementara

menyaksikan
sebuah
kematian untuk kesekian kalinya
diiringi
titisan air mata si anak kecil
ketika mengucup pipi
ayahanda tercinta
buat kali terakhir
alam sepi seketika
melihat sekujur tubuh terbaring kaku

tenang
si  isteri
 melepaskan suami tercinta
kembali
menemui Maha pencipta
redha
setiap yang hidup pasti mati
Hanya doa mengiringi
perjalanan terakhir
moga dicucuri rahmat
bersemadi
dalam reda ilahi

Allah telah menoktahkan hidupnya
di dunia ini
23 febuari 2013

(Al FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM EN. ZAKARIA ABDULLAH)



Thursday, 21 February 2013

Tiket KE SYURGA..FORUM PERDANA KB

 Berdoa dengan penuh khusyuk dan tamak
bangun beribadah malam
Jaga lidah kerana lidah akan membawa ke neraka
Bersedekah..sedekah boleh menghapuskan dosa
 Tiket
1. SYAFAAT ..
 a) Nabi Muhamad boleh memohon syurga tanpa hisab
Menaikkan darjat orang dalam syurga
untuk org yg dalam neraka ke dlm syurga
orang yg akan masuk neraka ke dalam syurga
b)Hafiz
c)Quran
Golongan masuk syurga tanpa hisab
.Sabda rasulullah kepada sahabat2nya... Tak ada penghalang kamu dari syurga iaitu,,orang yang berperang/ berjihad dijalan Allah, Berperang memerangi hawa nafsu
 Mempertahankan agama hingga hujung nyawa
yang membolehkan kita masuk syurga iaitu bila dapat rahmat Allah melalui amalan yang kita lakukan seperti solat, zakat puasa dan mengerjakan suruhan Allah. Tidak salah jika kita mengharapkan syurga Allah.
Amalan..Takutkan Allah
BAIK TINGKAH LAKU,,JAGA MULUT DAN LIDAH
ORANG PEREMPUAN. JAGALAH SOLAT ,KERJAKAN PUASA DAN TAAT KEPADA SUAMI.
Tunaikan haji dan dapatkan haji yang mabrur.
Jangan kufur kpd suami iaitu tidak taat kepada suami.
Selepas peristiwa israk..nabi melihat gambaran apinya lebih hitam dari warna hitam. Sedangkan syurga begitu indah, Luas terbentang.
Elak berkata perkataan yang kej
bacalah doa ALLAHHUMMA AJJIRNI MINNANNAR SEBANYAK 7 KALI SELEPAS SOLAT SUBUH DAN MAGHRIB

 


Friday, 15 February 2013

anak soleh


Tanggung jawab anak kepada ibu dan ayah
Jaga makan minum i/ a bila tua
Jaga hati mereka,jangan mengguris perasaan nanti mereka akan terasa maka Allah akan mengisytiharkan anak itu sebagai anak derhaka/. WALAUPUN I/B AMPUNKAN DOSA TAPI MESTI BERTAUBAT
Walau tlh berkahwin maanak mesti menjaga maruah i/b. Jangan buka aib i/b walau siapapun mereka. Selesaikan segala masalah dengan segera dan secara halus.
Menasihatinya jika mereka tidak solat. Nasihat dgn kasih sayang dan berhikmah

Bacalah ayat 40-41 surah Ibrahim
rabbijalni mukimassollah..... sebagai doa untuk orang/ahli keluarga yang sukar mengerjakan solat.serta minta ampun untuk dua ibu bapa.
PEMAKANAN
Jangan bagi makanan yang haram
Benda halal yang  boleh membawa mudarat dalam jangka masa panjang. Contoh minuman berkarbonat, gula2..ia akan menguasai sikap anak-anak sehingga mereka sensitif.
Seterusnya, dari kecil susui anak secukupnya
sediakan makanan yang berkhasiat, halal dan berkat. Jangan beri anak makan hasil rasuah.riba. subahah dan haram.Usul sumbernya

Renungan
Sebagai anak berapa kali kinta menangis untuk ibu bapa
cuba ingat berapa banyak airmata ibubapa yang tumpah demi menjadikan anak-anak mereka anak soleh dan solehah. Dalam setiap sujud mereka pasti berdoa demi melihat anak mereka kelak masuk ke syurga Allah kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
apalah ertinya hidup ini jika kita tidak mengasihi mereka. Derhaka itu satu petaka dalam hidup menunjukkan mereka akan menuju kegelapan dalam hidup dunia dan akhirat. Azab Allah amat pedih
dalam AL quran banyak panduan yang boleh diikut. Sejak dalam kandungan agama.akademik dan akhlak biarlah seiring untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Apa yang berlaku jangan dicari salah siapa
ummu salamah  ketika telah berkahwin dengan rasulullah teringat suaminya yang telah syahid dalam perang uhud. Ummu salamah bertanya dengan siapakah dia akan dia akan bersama sekiranya mereka masuk Syurga. Jawab Rasulullah Suami yang lebih baik akhlaknya akan bersama isterinya di syurga nanti
Ayah mesti mainkan peranan didik isteri dan anak-anak patuhsuruhan Allah
Bergantung harap kepada Allah
Remaja bermasalah perlu dibimbing

Thursday, 7 February 2013

SIHIR KASIH..SEMANIS KURMA tv9

Gunakanlah kaedah rawatan yang tidak lari dari tuntutan agama.
Doa /amalan yang boleh digunakan
baca 3 qul SEBELUM ATAU SELEPAS BANGUN TIDUR
sapu ke muka , yang belum kena kepala dan teruskan ke kaki
ayat.pendinding surah annisa ayat 84
yusuf ayat 64
yang NAK KENA
bila jumpa  baca surah al akraf 118-122 (KISAH NABI MUSA)
ayat toha ayat 69
Ayat pembatal sihir
yunus ayat 82-82
Bertemulah dengan  orang yang betul
Tanda bomoh/dukun/ pengamal perubatan bukan rawatan cara  islam
1. tanya nama mak
2. mintak barang pesakit contoh baju
3. minta binatang untuk disembelih
4. Baca jampi
5. Pakai azimat
6. beri azimat
7.tanam dalam tanah
8. Bagi tau jumlah. contoh.40 ekor
Doa tambahan
almukminun  97 -98
jangan gadai agama nanti hidup terkapai-kapai

Dunia yang merayu..ehwal islam

Abu darda sampai tua pun masih menanam kurma..bukan untuk dirinya,,hanya ingin keredaan Allah untuk mendapat pahala.
Dunia yang merayu kepada hamba Allah supaya menggunakan kehidupan di dunia ini mengikut syariat
bukan penghalang untuk kita berusaha untuk akhirat. Kerana dunia jambatan akhirat. Melihat kepada orang yang tetapmendapat nikmat Allah walau tidak mendekatkan diri kepada Allah. Jangan ragu. Allah berfirman orang2 yg mendustakan nikmat Allah akan diistidraj oleh Allah. NIKMAT INI DI PANGGIL ISTIDRAJ.
Iaitu Allah akan memberi nikmat setingkat demi setingkat dan akhirnya jatuh di hujung jalan.nikmat banyak belum tentu ALLAHsayang Contohnya ALLAH mengurniakan FIRAUN  kaya dan berkuasa serta tak pernah sakit. Qarun dikurniakan harta yang banyak. Itu ujian Allah.Gambaran kesenangan di atas bumi ialah kesenangan,,anak pinak...tapi akhirnya Allah juga tempat kita. OLEH ITU KITA PERLU KAWAL NAFSU, Orang yang kuat ialah orang yang boleh kawal nafsu,
Oleh itu kita perlu berwaspada apabila membelanjakan rezeki kurniaan Allah
perlu berpada-pada dengan godaan syaitan. Kita perlu menggunakan ilmu yang ada banyak beristighfar banyak2 ketika terfikiruntuk melakukan kemungkaran
Umat yang anggap dunia ni penjara hidup...sibuk dengan beribadah sahaja , Tidak benar
Dunia ini tujuan hidup,,,sesiapa yang bangun pagi hanya pk dunia allah akan beri kebingungan kepadanya.
Allah akan jadikan dia Sentiasa sibuk tiada masa lapang..untuk melakukan amalan,
Allah akan beri kehendak yang tidak kesampaian
Allah akan beri angan-angan tapi tak pernah dapat
contoh taksub hp yang mudarat
1, Duduk tempat tiada internet tak boleh duduk
2 Bangun pagi terus on9
3. Ambil gambar untuk fb untuk glamor
Untuk seimbang kandalam dunia ada akhirat. Berdoa,,kerana doa senjata orang islam. Allah akan makbulkan. Ringan tapi berat timbangannya ialah.sebutlah subhanallahhiwabihamdihi subhanallahil azim
cepat balasannya sama ada baik atau buruk ialah layanan kepada kedua ibu bapa. Senyumpun sedekah
 pesanan lukman al akim kepada anaknya tentang dua perkara iaitu kalau kau jaga kalau pegang
dirham/harta kau jaga untuk duniamuu
jagalah agamamu untuk akhiratmu
Sediakanlah bekalan secukupnya dan bekalan terbaik untuk alam yang kekal abadi menuju alam akhirat. Dunia boleh dinikmati tanpa melupakan akhirat yang kekal abadi
jika kasihkan diri banyakkan bertaubat
Jika kasihkan Allah banyakkan beribadat
jika kasihkan nabi banyakkan berselawat


Tuesday, 5 February 2013

ketabahan

bagai air di tasik
tenang
tiada riak-riak gelisah
ombak masih samar
tenang
gelora dijiwa
tiada yang merasa
walau ombak kian membadai
bersama gerimis
bertukar menjadi tsunami
hilang
segala-galanya
yang tinggal
sepi berteman rindu
resah bertamu
geimis di hati kian memuncak
hanya aku mampu
mengenggam sebuah doa
memohon pada mu
Ya Rabbi
aku pasrah dengan takdir MU
- UNTUK MEREKA YANG KEHILANGAN....


Sunday, 3 February 2013

gerimis sepi

gerimis
mengundang
sepi
menjelang senja
bersama biru dan kelabu
kini
hati bagai dihiris
mengimbau kenangan
denai-denai
sepanjang jalan kenangan
yang dilalui
bersama onak dan duri
pasrah
laut ada pasang surut
siang dan malam silih berganti
bahagia derita
lumrah alam
terimalah seadanya

Saturday, 2 February 2013

KEMATIAN ITU PASTI

dalam bait-bait puisi
ku kirim doa buatmu sahabat
damailah kau disana
bersama harum syurgawi
pasti hadirmu
disambut
wangian
amalmu
biar
diri terbujur kaku
pasti
Allahl ebih menyayangimu
menjemput
dirimu pulang
kepangkuanNya
Dia lebih menyayangi
Allah maha mengetahu segalanya
KEMATIAN ITU PASTI

Friday, 1 February 2013

ilmu yang bermanfaat

bermula kelebihan ilmu yang memberi manfaat itu amat banyak sebagaimana yang dijelaskan di dalam al
quran dan hadis nabi SAW, Antaranya firman Allah SWT:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dalam ayat ini Allah sebut darjat yang Allah nak angkat bagi orang beriman dan berilmu. Orang yang beriman dan ada ilmu pengetahuan lebih tinggi darjatnya daripada orang yang beriman tapi tidak berilmu.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa maksud orang berilmu di sini ialah orang yang membaca quran, alim dalam bidang quran. Dalam satu hadis nabi SAW bagitahu bahawa Allah SWT mengangkat sesuatu kaum dengan al quran dan Allah merendahkan kaum yang lain juga dengan al Quran.
Allah sebut:
بَلْ هُوَ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَمَا يَجْحَدُ بِآَيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ
Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat kami kecuali orang-orang yang zalim.

Abdullah bin Abbas berkata;
"Bagi ulama itu beberapa pangkat di atas pangkat orang mukminin dengan 700 pangkat yang mana beza antara tiap-tiap dua pangkat itu perjalanan 500 tahun."
Dalam ilmu mustholah hadis, kata Abdullah bin Abbas di sini dinamakan hadis mauquf, juga dikenali sebagai athsar.
Abdullah bin Abbas terkenal dengan jolokan حبر الأمة وترجمان القرآن - pena bagi ummat dan pentafsir praktikal bagi quran. Beliau adalah anak kepada bapa saudara nabi SAW.

Firman Allah SWT:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Maksud dengan ulama dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah. Orang mengetahui- maknanya orang berilmu.

Sebab itu kalau seseorang semakin banyak belajar, semakin derhaka kepada Allah, semakin tinggi ijazah semakin nak lawan hukum Allah maka itu tandanya ilmu yang dimiliki tiada manfaat baginya atau dengan kata lain orang itu sebenarnya tidak berilmu.

Dalam bahasa Arab, kalimah ulama' ialah kata jamak (plural) bagi alim. Kalimah alim (عالم) ertinya seorang alim, kalau ramai orang alim kita kata ulama (علماء).

Di antara hadis nabi SAW berkenaan kelebihan ilmu yang bermanfaat ini sabda nabi SAW maksudya:
"Ulama itu adalah pewaris nabi". Hadis ini daripada Abi Darda', riwayat Abi Daud dan Ibn Majah. Sanadnya adalah sahih.
والله أعلم
artikel ini saya petik dari blog darul ulum ihyya ulumuddin 
yang bertajuk apakah yag dikatakan sebagai ilmu yang bermanfaat

Taman-taman syurga

Majlis ilmu Al Kuliyyah TV3 yang dihoskan oleh ustaz Roslan Muhamad antara info berguna yang saya perolehi ialah katanya, lebih 750 kali ilmu disebut dalam Quran. Ilmu yang pertama kali diturunkan ialah iqra. Jika berada dalam majlis ilmu dengar renungkan serta kaji barulah kita akan menginsafinya. Baca faham dan amal. Ilmu mesti dicari. Kerana ilmu akan menjaga kita sebaliknya jika harta kita akan menjaganya.
Al quran begitu menekankan soal dunia dan akhirat. Seimbang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Amat bebeza antara orang beriman dan tidak beriman.  Ilmu itu bermula dalam hati yang suci yang suci dan bersih. iaitu untuk mencari keredaan Allah. Sebab utu menuntut ilmu itu wajib kepada setiap orang islam lelaki atau perempuan
Imam ghazali berkata bahawa setiap ilmu yang diperolehi ialah amanah. Iaitu orang yang berilmu perlu menyebarkan kepada orang lain. Kerana di belakang orang alim ada orang yang jahil. Orang berilmu kena beramal dengan ilmu yang dimiliki.
Hakikatnya ilmu dalam islam itu ada  ilmu yang mahmudah, ilmu mazmumah( ilmu yang tak berguna) ilmu mubah( sejarah.sastera)
kesemua ilmu ini iaitu ilmu mahmudah....wajib di pelajari.Sementara ilmu mazmumah..mesti dijauhi dan dicegah dari dipelajari oleh orang lain dan ilmu mubah...harus dipelajari kerana ilmu akan mengubah manusia. Ilmu mubah boleh dituntut dari orang bukan islam jika tidak membawa kemudaratan kepada kita. Dalam fakta ada menyatakan Rasulullah pernah meminta khidmat orang kafir untuk menunjuk jalan ke madinah.Ambil kesempatan kepakaran mereka untuk  kita pelajari.
Untuk menarik minat remaja mengamalkan ilmu. Contoh saidina Ali cintakan ilmu sejak remaja lagi.
Terdapat beberapa punca remaja menjauh dari ilmu. Sepatutnya ibu bapa sentiasa menyedari kepentingan ilmu yang boleh didapati melalui pelbagai medium.Masyarakat pula tidak mengadakan majlis ilmu yang menarik minat para remaja untuk menyertainya
KERANA bila MATI  seorang insan hanya tiga perkara yang kekea iaitu
1.sedekah
2.anak anak soleh yang mendoakan kita
3.ilmu
Hanya anak-anak yang berilmu sahaja akan boleh menjadi anak soleh yang mendoakan kita
Masyarakat perlu bekerjasama. Iaitu semua ibu dan bapa dalam masyarakat perlu memberi ruang kepada anak-anak remaja pewaris bangsa menuntut ilmu untuk membimbing mereka menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Sekiranya anak-anak tidak berilmu siapa yang akan menguruskan jenazah ibu bapa..siapa yang akan membacakan ayat-ayat quran sebagai hadiah kepada arwah nanti..anak-anak yang tidak berilmu juga pastinya tidak sanggup menjaga ibu bapa di saat-saat merekaemah tidak bermaya, skit menunggu ajal. Malah mereka mungkin akan mendoakan kematian ibu bapa yang telah tua itu.
Contohnya tiada galakan dari keluarga, masyarakat pula tidak mengadakan majlis ilmu yang menarik minat pararemaja untuk menyertainya
Orang berilmu perlu mendekati masyarakat untuk membentuk masyarakat yang berilmu. Contohnya menganjurkan majlis-majlis ilmu.  Ulamak itu ialah pewaris ambiak.
KESIMPULANNYA ilmu dalam agama ialah himpunan ilmu yang baik dan diamalkan. Mati dalam kejahilan merupakan mati dalam kemaksiatan
Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
" apabila kamu melalui taman-taman syurga, hendklah kamu singgah.
Para sahabat bertanya. " Apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah?
Baginda menjawab ; " majlis ilmu"


Muaz bin Jabal pernah berkata :
" Pelajarilah ilmu kerana mempelajari ilmu kerana Allah itu KEBAIKAN,
mencari ilmu itu IBADAH, mempelajari itu TASBIH, membahaskannya itu JIHAD, mengajarkannya(menyampaikannya) itu SEDEKAH, dan memberikannya kepada yang berhak itu SEDEKAH....
semoga kita semua dapat mencari ilmu dan mengamalkan serta sebarkan ilmu yang bermanfaat
wassalam
 
 
1 feb 2013 6.20 petang