Friday, 1 February 2013

Taman-taman syurga

Majlis ilmu Al Kuliyyah TV3 yang dihoskan oleh ustaz Roslan Muhamad antara info berguna yang saya perolehi ialah katanya, lebih 750 kali ilmu disebut dalam Quran. Ilmu yang pertama kali diturunkan ialah iqra. Jika berada dalam majlis ilmu dengar renungkan serta kaji barulah kita akan menginsafinya. Baca faham dan amal. Ilmu mesti dicari. Kerana ilmu akan menjaga kita sebaliknya jika harta kita akan menjaganya.
Al quran begitu menekankan soal dunia dan akhirat. Seimbang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Amat bebeza antara orang beriman dan tidak beriman.  Ilmu itu bermula dalam hati yang suci yang suci dan bersih. iaitu untuk mencari keredaan Allah. Sebab utu menuntut ilmu itu wajib kepada setiap orang islam lelaki atau perempuan
Imam ghazali berkata bahawa setiap ilmu yang diperolehi ialah amanah. Iaitu orang yang berilmu perlu menyebarkan kepada orang lain. Kerana di belakang orang alim ada orang yang jahil. Orang berilmu kena beramal dengan ilmu yang dimiliki.
Hakikatnya ilmu dalam islam itu ada  ilmu yang mahmudah, ilmu mazmumah( ilmu yang tak berguna) ilmu mubah( sejarah.sastera)
kesemua ilmu ini iaitu ilmu mahmudah....wajib di pelajari.Sementara ilmu mazmumah..mesti dijauhi dan dicegah dari dipelajari oleh orang lain dan ilmu mubah...harus dipelajari kerana ilmu akan mengubah manusia. Ilmu mubah boleh dituntut dari orang bukan islam jika tidak membawa kemudaratan kepada kita. Dalam fakta ada menyatakan Rasulullah pernah meminta khidmat orang kafir untuk menunjuk jalan ke madinah.Ambil kesempatan kepakaran mereka untuk  kita pelajari.
Untuk menarik minat remaja mengamalkan ilmu. Contoh saidina Ali cintakan ilmu sejak remaja lagi.
Terdapat beberapa punca remaja menjauh dari ilmu. Sepatutnya ibu bapa sentiasa menyedari kepentingan ilmu yang boleh didapati melalui pelbagai medium.Masyarakat pula tidak mengadakan majlis ilmu yang menarik minat para remaja untuk menyertainya
KERANA bila MATI  seorang insan hanya tiga perkara yang kekea iaitu
1.sedekah
2.anak anak soleh yang mendoakan kita
3.ilmu
Hanya anak-anak yang berilmu sahaja akan boleh menjadi anak soleh yang mendoakan kita
Masyarakat perlu bekerjasama. Iaitu semua ibu dan bapa dalam masyarakat perlu memberi ruang kepada anak-anak remaja pewaris bangsa menuntut ilmu untuk membimbing mereka menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Sekiranya anak-anak tidak berilmu siapa yang akan menguruskan jenazah ibu bapa..siapa yang akan membacakan ayat-ayat quran sebagai hadiah kepada arwah nanti..anak-anak yang tidak berilmu juga pastinya tidak sanggup menjaga ibu bapa di saat-saat merekaemah tidak bermaya, skit menunggu ajal. Malah mereka mungkin akan mendoakan kematian ibu bapa yang telah tua itu.
Contohnya tiada galakan dari keluarga, masyarakat pula tidak mengadakan majlis ilmu yang menarik minat pararemaja untuk menyertainya
Orang berilmu perlu mendekati masyarakat untuk membentuk masyarakat yang berilmu. Contohnya menganjurkan majlis-majlis ilmu.  Ulamak itu ialah pewaris ambiak.
KESIMPULANNYA ilmu dalam agama ialah himpunan ilmu yang baik dan diamalkan. Mati dalam kejahilan merupakan mati dalam kemaksiatan
Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
" apabila kamu melalui taman-taman syurga, hendklah kamu singgah.
Para sahabat bertanya. " Apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah?
Baginda menjawab ; " majlis ilmu"


Muaz bin Jabal pernah berkata :
" Pelajarilah ilmu kerana mempelajari ilmu kerana Allah itu KEBAIKAN,
mencari ilmu itu IBADAH, mempelajari itu TASBIH, membahaskannya itu JIHAD, mengajarkannya(menyampaikannya) itu SEDEKAH, dan memberikannya kepada yang berhak itu SEDEKAH....
semoga kita semua dapat mencari ilmu dan mengamalkan serta sebarkan ilmu yang bermanfaat
wassalam
 
 
1 feb 2013 6.20 petang 

No comments:

Post a Comment