salam untuk semua....hariini hari jumaat. Penghulu segala hari. Banyakkan berdoa dan berselawat. Masa memasakpun boleh selawat ..lagi berkat. Lama tak masukkan entri resepi dari dapur mama. Buzy sikit. Banyak majlis di sekolah. Dah seminggu tak masuk dapur.My daughter cuti..biar dia bereksperimen dengan resepi-resepinya.
Hari ni mr husband tebang pokok kelapa. Apa lagi nak buat masak lemak la. cuma kali ni nak masak dengan ayam kampung. Sapa nak cuba ambik resepi ni.
1 ekor ayam kampung yang sederhana potong 4
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halis
1 inci kunyit
sedikit lengkuas
3 batang serai
5 biji cili padi( nak pedas tambah lagi..my hubby tak makan pedas)
1 camca teh serbuk ketumbar
1 sudu kerisik
2 keping asam keping
1 kotak santan kara
umbut kelapa...ikut suka nak letak banyak mana
cara-caranya
kisar bawang,halia ,kunyit,lengkuas dan lada. Masukkan ayam,serai dan bahan yang dikisar kedalam periuk bersama 4 cawan air dan rebus hingga ayam separuh masak. Lepas tu masukkan santan dan umbut.,garam secukup rasa serta asam keping.boleh tambah air kalau kuahnya sikit sangat Teruskan memasak dengan api yang sederhana hingga ayam dan umbut betul-betul masak.
peringatan
umbut kelapa ni mestilah di hirih sederhana tebal, Jangan nipis sangat nanti hancur bila dimasak. Setelah dihiris rendam sekejap dalam air garam. Toskan dan siram dengan air bersih. Baru masuk dalam periuk.
gulai ni makan dengan nasik putih bersama ikan masin dan ulaman lagi best
,,,selamat mencuba gambar hiasan dari wikipidia
Thx .... izin sy share kat fb ya
ReplyDelete