Wednesday, 13 March 2013

Bayu lalang menjadi saksi

mengiringi perjalanan terakhir Ahmad Hurairah
bersama esak tangis rakan taulan
ibunda ayahanda tercinta
kembali bersama
bakti
untuk bumi tercinta
relakanlah
usah terus diratapi pemergiannya
perancangan ilahi lebih baik
dari keinginan kita
Allah maha mengetahui
segalanya

pergilah wahai perwira

Tuesday, 12 March 2013

pergilah....wahai wira negara.



AL FATIHAH BUAT MU( ahmad huraira Ismail)
(sekadar menyelami hati seorang ayah)
kau rebah
aku pasrah
Tuhan lebih menyanyangimu
aku redha
ketentuanNya
aku insan  terpilih
 menerima ujian ini

dalam sujudku
aku berserah
memohon restu ilahi
damailah kau
bersama para syuhada

air mata
janganlah gugur
aku redha
aku redha
aku redha Ya Allah

anakku
gugurmu  sebagai wira negara
kau wira ayah bonda
kau
wira di hati rakyat Malaysia




Friday, 8 March 2013

BIAR BUTA MATA JANGAN BUTA HATI



Allah berfirman: (surah taha)
barangsiapa yang berpaling dari quran dan isinya,baginya kehidupan yang sempit di dunia dan kami akan bangkitkan mereka diakhirat nanti dalam keadaan buta. Lalu mereka bertanya mengapa mataku buta sedangkan di dunia kami melihat
lalu Allah menjawab
begitulah dulu ketika datangnya peringatan Allah kamu ketepikan begitulah pada hari ini kamu dilupakan dari nikmat Allah




Lahad datu : sebuah harapan

Padamkan sengketa itu

Padaamkanlah
api persengketaan
agar tidak terus marak
membakar jiwa-jiwa yang gelisah
kelak
menjadi debu debu
permusuhan
berterbangan memenuhi
ruang-ruang hati yang resah

alunkan
suara perdamaian
sirami
kasih sayang antara insan
damaikan mereka
yang nyata bersaudara

agar tiada dendam yang terpendam
dimalam kelam
agar bintang dilangit terus bersinar
bersama kasih sayang ilahi
buat umatnya

bermunajatlah dimalam sepi
berbisiklah kepada ilahi
agar esok ada sinar mentari
menyinari duniawi

8/3/2013
11.16 malam

tak kenal maka tak benci

Ustazah Norhafizah musa 9 HALAQAH TV 9)
Biasanya kita dengar tak kenal maka tak cinta...tapi kalau tak kenal maka tak benci jarang didengar

1. Bila kenal allah lalu mencintainya
2.kenal iblis dan syaitan lalu membencinya

Iblis tlh berjanji dengan Allah bahawa kalau di beri tempoh spi hari kiamat aku akan mengheret manusia mengikutinya

oleh itu kita perlu berlindung dengan Allah dari godaan syaitan
doa Nabi  antaranya
 Ya ALLAH AKU LINDUNGI DR BISIKAN SYAITAN, DARI BINATANG BERBISA DAN DARI FITNAH MANUSIA

IBLIS
dalam ayat 50 surah  kahfi ada menyatakan bahawa iblis dari kalangan jin. tapi dia enggan sujud kepada adam lalu dia dikenali dengan iblis laknatullah. Dia putus asa dengan rahmat Allah. Semua yg derhaka dan mengajak melakukan kejahatan (termasuk lah manusia dan jin) merupakan iblis
Iblis ada tentera berkuda...dia akan bermalam di rumah yang masa tutup tingkap masa sebelum maghrib tak baca bismillah,
Iblis akan memperdaya dari depan,belakang,kanan dan kiri sehingga wujud manusia yg tak bersyukur

tapi tak disebut atas dan bawah kerana dikatakan atas untuk  org yg sentiasa berdoa..bawah org yg sentiasa sujud. In Shaallah tak akandi goda jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh
Syaitan sentiasa istiqamah menggoda manusia. dengan pelbagai cara. Namun tipu daya  syaitan sangat lemah. Org yg lemah iman akan kalah

Cara dia menggoda manusia melalui bisikannya. Tak melakukannya dengan cara kasar. Bila anak adam berkahwin menangislah anak adam. Untuk memastikan tugasnya berjaya iblis akan
1. akan ganggu rumahtangga
2. wujudkan permusuhan antara suami isteri,rakan2 dan anak beranak
3. Pastikan semua manusia menjadi sahabatnya. Contoh melakukan pembaziran, berdendam, lewat solat.

3 pintu jalan iblis akan menggoda manusia
1. Pintu syahwat.( keinginan).contoh..membeli belah
2 kelalaian
3, kejahilan..syaitan benci kepada orang yg menuntut ilmu

Contoh org yg ditakuti Syaitan ialah saidina Umar.
Syaitan gagal menggoda
1. Syaitan akan menyesatkan kecuali hamba2 yg ikhlas dari bangun pagi hingga tidur malam. Iaitu org yg sentiasa ikhlas melakukan sesuatu kerja
2. Org yg sentiasa beristighfar ( perbanyakkan istighfar)
3. Org yg merendah diri/tawaduk ( jangan sombong)
4. sentiasa berlindung dengan Allah dari godaan Syaitan. Contoh baginda sebelum melelapkan mata membaca tiga kul dan menyapu ke tubuh badannya. Se surah almukminun 96& 98 ayat pelindung dari godaan syaitan wahai tuhan ku aku berlindung dari godaan syaitan dan aku berlindung dari syaitan dari menghampiriku.
Berdoalah...
wahai Allah kami ingin perlindungan dari kejahatan yang kami lakukan,,maka segera bertaubat.
,
ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG...dia akan mengampunkan jika bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Syaitan akan menggoda hingga manusia sedang nazak dia akan datang di  kanan  lalu menyamar sebagai ayah mengajak manusia menganut agama yahudi)kemudian menyamar sebagai ibu( mengajak manusia menganut agamanasrani) agar manusia sesat. Menyamar sebagai ibu bapa untuk

Muhammad bin wazik
Syaitan ingin membuat perjanjian  tidak akan menggangu Muhammad sekiranya dia tidak mengajar doa amalannya kepada orang lain. Namun Muhamad terus mengajar doa tersebut antara kandungan doa tersebut ialah
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau takdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu

Pelan tindakan menghadapi godaan syaitan
1. Istiqamah di jalan Allah
2. Tatang iman agar pintu godaan syaitan menggoda tertutup
2. Syaitan hanya ingin merebut hati manusia. Dia ingin menguasainya agar berpaling dari Allah
4. SENTIASA BERMOHON KEPADA ALLAH AGAR MELINDUNGI KITA


In Sha Allah Allah bersama dengan orang  yang beriman

HALAQAH TV 9...8/8/2013

Monday, 4 March 2013

monolog seorang isteri

MONOLOG SEORANG ISTERI
(BUAT BALU-BALU PERWIRA NEGARA)

ketika Abdullah
dijemput ilahi
Muhammad aman
dalam rahim Siti Aminah
 Siti Aminah tenang 
sabar
 tabah
Ya Allah
aku tidak sekuat Siti Aminah
mengharungi dugaan
saat perpisahan datang menerpa
derita jatuh ke riba
aku pasrah menerima takdir mu
Ya Rahman ya Rahim
aku mohon kasih sayangMu
berikanlah aku kesabaran
akan ku khabarkan nanti:

Anakku
ayahandamu
perwira negara
nyawanya melayang dihujung senjata
menggadai nyawa
demi bumi tercinta

moga
dewasamu nanti
bersama darah perwira yang kau warisi

akan bonda jaga amanah ini

( moga kalian sabar menempuh dugaan)

LAHAT DATU MEMISAHKAN KITA

MEMORI SEORANG AYAH

ingin sekali
aku mendakapmu anakku
mendengar degup jamtungmu
namun
ia telah terhenti di Lahat Datu
        
 Alam hening seketika
          saat berita itu ku terima
              akhirnya kau gugur jua
                   sebagai perwira bangsa
Belum puas
menabur bakti
kau dijemput ilahi
dunia kembali sepi
aku terus meniti
berlalu hari-hari
tanpa kau disisi

menitis air mata
mengalir
tanpa dipaksa
mengiringi
doaku
untukmu anakku
damailah kau
di sana
kaulah permata hati
ayahanda bonda
aku reda


( sebak melihat air mata ayahanda L/KPL AZRUL BIN TUKIRAN  yang terkorban-al fatihah)

4/3/2013
menyelami perasaan seorang ayah

Sunday, 3 March 2013

Lahat Datu , semporna....jangan ada dendam

MENGAPA
DARAH TERUS TUMPAH
DI BUMI INI
CUKUPLAH
JANGAN DIBAZIRKAN
 DARAH ITU

HULURKAN SALAM KEDAMAIAN
HULURKAN SALAM PERSAUDARAAN
HENTIKAN
SENGKETA
YANG HANYA MENGUNDANG DERITA
YANG AKAN DIWARISI
ANAK BANGSA
KEKAL DALAM LIPATAN SEJARAH
BUMI INI PERNAH
MENJADI SAKSI
DERITA
INSAN
HANYA KERANA SENGKETA LAMA
JANGAN DIBIARKAN SEJARAH KEAMANAN
TERCALAR
DI BUMI LAHAT DATU
DI BUMI SEMPORNA

SAMBUTLAH SALAM PERDAMAIAN


Lahat Datu:Duka di pusara perwira

Duka di pusara perwira

si kecil
yang tak mengerti apa-apa
terkesima

melihat wajah-wajah duka
mengalir lesu si air mata
menyambut tibanya
perwira negara
yang tak bernyawa

hanya
bakti terakhir
menjadi
bukti
titisan darah terakhir
untuk negara tercinta

sayu
si kecil itu
menemani ibunda tercinta
mengiringi perjalanan terakhir
ayahanda
damailah kau di sana
Semoga
Rahmat Allah bersama mu
Anakmu
isteri mu
ibumu
negaramu
Milik yang maha esa
kematian itu pasti
hanya Allah yang tahu
saat itu pasti tiba

3/3/13
7.02ptg
mengenang mereka yang terkorban

Friday, 1 March 2013

MENCARI KETENANGAN

Dr. Muhaya halaqah tv 9
WAHAI JIWA YANG TENANG
Sifat negatif akan menyebabkan jiwa kita tidak tenang. Oleh itu,jangan hanya melihat kekurangan dan kelebihan orang lain.Contoh tidur kita tidur dengan jiwa bukan dengan mata. 75 PERATUS PENYAKIT  BERPUNCA DARIPADA MINDA NEGATIF.
Banyak penyakit berpunc adaripada stress. Orang yang tidak tenang sentiasa gelisah itu yg menyebabkan datangnya penyakit. Orang yang tenang sentiasa tenang. Setiap kali sakit kita mesti taubat dan taqwa. Siapa lihat orang tak Nampak diri…siapa lihat diri akan  tenang. 
Jiwa kacau berpunca daripada
1.Penyesalan masa lalu
2.Impian masa depan
Kesedihan yang tak tahu hujung pangkal berpunca daripada jiwa kosong. Kita kena jelas tujuan hidup ini.Sebagai orang Islam kita ada garis panduan kerana kita ialah:
1.Hamba Allah
2.Khalifah..memimpin diri
Jalankan semua urusan mengikut hukum Allah. Jika tak ikut hukum Allah syaitan akan menguasai diri. Ingatlah pegangan kita iaitu agama Islam.  Fikiran harus positif, Orang  yg bijak akan sentiasa menjaga diri agar sentiasa berada dijalan ALLAH
KITA MESTI TAHU TUJUAN HIDUP UNTUK CARI REDHA ALLAH BUKAN PENGHARGAAN manusia, Betulkan urusan akhirat pastu urusan dunia akan settle. Marilah berjihad melawan nafsu untuk  sentiasa berada dijalan ALLAH,
Sesungguhnya dengan mengingati  Allah hati akan menjadi tenang.
Punca hati tidak tenang ialah
Berzikir tidak dengan hati dan tidak  dengan penuh rasa kehambaan
Oleh itu Berzikir lahdengan hati dan perasaan. Berzikir dengan penuh khusyuk. Untuk mendekatkan diri dengan Allah. Bercakaplah dengan diri sendiri..tanya diri ke mana haluan hidup kita. Lakukan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah..In sha Allah allah akan bersama kita.
Kalau hati sentiasa ingat Allah kita akan tenang. Carilah redha Allah.Cari kasih sayang Allah. Sesiapa yang mendapat kasih saying Allah maka segala makhluk yang ada di dunia ini akan mengasihinya.
Tips untuk menjaga ketenangan
1.       Kasih sayang tanpa syarat kepada semua makhluk di dunia
2.       Memaafkan orang
3.       Murah hati siapa yg  memberi ia akan mendapat
4.       Bergantung kepada Allah
5.       Jaga aurat dan  solat
Jangan salah fokus dalam hidup. Bila jumpa orang hargailah mereka dan jangan mengkritik. Apa yang kita perlu ialah men cari majlis ilmu untuk cari ketenangan. Jangan mengadu kepada manusia tetapi mengadulah kepada  ALLAH
Antara cara lain untuk tenang ialah
1 BACA QURAN serta hayati dan fahami maksudnya
2.BERSAHABATLAH DENGAN ORG SALEH
3.SOLAT MALAM SELALU
4. ZIKIR MALAM
5.BERPUASA

Pelan tindakan
1.       Hormati semua makhluk allah
2.       Berbuat baik dengan ikhlas
3.       Lemah lembut terutama dengan anak2. Orang yang marah akan mengeluarkan asid
4.       Sentiasa Tanya diri apa manfaat adanya diri kita di dunia inik epada org lain
Antara sikap negatif
1.       Bersaing dengan orang
2.       Ingin Lebih dari orang
3.       Sentiasa memikirkan   apa orang kata
4.        nilai diri pada benda lain contohnya kecantikan, kekayaan dan lain-lain lagi
5.       Segala yang  ada padanya merupakan  usaha sendiri
6.       marah

 sekadarcatatan untuk diriku yang sering alpa

al-kuliyyah Perkara yang membatalkan akidah

KAFIR..
ISTILAH ini bermaksud manusia yg tak percaya ALLAH dan Rasul. Iaitu org yg mengkufurkan ALLAH, Merekalah yg kafir. Org yg dah terima islam tiba2 keluar Islam maka mereka jg org kafir (MURTAD)
Orang kafir akan kekal dalam neraka selamanya
1, Kafir fasik ialah orang  isllam yg tak sembahyang
2. Kafir fujur..org yg bukan islam/ keluar dari islam
ANTARA Perkara yang membatalkan akidah
1.yakin pada usaha sendiri
2.mengiktiraf kuasa menghalal/mengharamkan sesuatu perkara
3.menolak /membenci hukum Allah
4.tidak percaya nas/hadis
5.Menafikan nama2 Allah
 6.Menafikan/menolak sifat2 nabi
7.mengkafirkan seseorang yang masih Islam
8. Beribadah bukan kerana Allah
9. Mengadakan hukum2 lain dari hukum Allah/ mencipta hukum baru
Habis segala amalan yang telah dilakukan.

Syirik yang jelas..menyembah selain allah
syirik kharfi(kecil)
contohnya riak.Amalan kita rosak kerananya. Dalam ibadah juga ada riak. Contohnya ketika solat sorang diri lebih kurang sahaja. Bila depan orang(di masjid) baru buat lebih.
Kalau terlibat dgn syirik maka akan terhapus segala pahala kita.
Jika melakukan dengan tidak sengaja...maka berwaspada dengan setiap kata dan perbuatan agar akhiran hidup kita dalam Islam. Jaga Islam kita jgn sampai tergelincir akidah. Orang yang rugi tempatnya di neraka.
Jangan was-was dan berbaik sangkalah dengan Allah
Amalan yang boleh  dilakukan untuk menjaga akidah
Lakukan ibadah dengan istiqamah
Bertanyalah kepada yang ariff
Kufur nikmat
Bersyukurlah dengan nikmat Allah. Jangan kufur. Bila dapat sesuatu nikmat walaupun sedikit ..bersyukur, Jika ditimpa musibah walaupun sedikit ..bersabar