Friday, 1 March 2013

MENCARI KETENANGAN

Dr. Muhaya halaqah tv 9
WAHAI JIWA YANG TENANG
Sifat negatif akan menyebabkan jiwa kita tidak tenang. Oleh itu,jangan hanya melihat kekurangan dan kelebihan orang lain.Contoh tidur kita tidur dengan jiwa bukan dengan mata. 75 PERATUS PENYAKIT  BERPUNCA DARIPADA MINDA NEGATIF.
Banyak penyakit berpunc adaripada stress. Orang yang tidak tenang sentiasa gelisah itu yg menyebabkan datangnya penyakit. Orang yang tenang sentiasa tenang. Setiap kali sakit kita mesti taubat dan taqwa. Siapa lihat orang tak Nampak diri…siapa lihat diri akan  tenang. 
Jiwa kacau berpunca daripada
1.Penyesalan masa lalu
2.Impian masa depan
Kesedihan yang tak tahu hujung pangkal berpunca daripada jiwa kosong. Kita kena jelas tujuan hidup ini.Sebagai orang Islam kita ada garis panduan kerana kita ialah:
1.Hamba Allah
2.Khalifah..memimpin diri
Jalankan semua urusan mengikut hukum Allah. Jika tak ikut hukum Allah syaitan akan menguasai diri. Ingatlah pegangan kita iaitu agama Islam.  Fikiran harus positif, Orang  yg bijak akan sentiasa menjaga diri agar sentiasa berada dijalan ALLAH
KITA MESTI TAHU TUJUAN HIDUP UNTUK CARI REDHA ALLAH BUKAN PENGHARGAAN manusia, Betulkan urusan akhirat pastu urusan dunia akan settle. Marilah berjihad melawan nafsu untuk  sentiasa berada dijalan ALLAH,
Sesungguhnya dengan mengingati  Allah hati akan menjadi tenang.
Punca hati tidak tenang ialah
Berzikir tidak dengan hati dan tidak  dengan penuh rasa kehambaan
Oleh itu Berzikir lahdengan hati dan perasaan. Berzikir dengan penuh khusyuk. Untuk mendekatkan diri dengan Allah. Bercakaplah dengan diri sendiri..tanya diri ke mana haluan hidup kita. Lakukan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah..In sha Allah allah akan bersama kita.
Kalau hati sentiasa ingat Allah kita akan tenang. Carilah redha Allah.Cari kasih sayang Allah. Sesiapa yang mendapat kasih saying Allah maka segala makhluk yang ada di dunia ini akan mengasihinya.
Tips untuk menjaga ketenangan
1.       Kasih sayang tanpa syarat kepada semua makhluk di dunia
2.       Memaafkan orang
3.       Murah hati siapa yg  memberi ia akan mendapat
4.       Bergantung kepada Allah
5.       Jaga aurat dan  solat
Jangan salah fokus dalam hidup. Bila jumpa orang hargailah mereka dan jangan mengkritik. Apa yang kita perlu ialah men cari majlis ilmu untuk cari ketenangan. Jangan mengadu kepada manusia tetapi mengadulah kepada  ALLAH
Antara cara lain untuk tenang ialah
1 BACA QURAN serta hayati dan fahami maksudnya
2.BERSAHABATLAH DENGAN ORG SALEH
3.SOLAT MALAM SELALU
4. ZIKIR MALAM
5.BERPUASA

Pelan tindakan
1.       Hormati semua makhluk allah
2.       Berbuat baik dengan ikhlas
3.       Lemah lembut terutama dengan anak2. Orang yang marah akan mengeluarkan asid
4.       Sentiasa Tanya diri apa manfaat adanya diri kita di dunia inik epada org lain
Antara sikap negatif
1.       Bersaing dengan orang
2.       Ingin Lebih dari orang
3.       Sentiasa memikirkan   apa orang kata
4.        nilai diri pada benda lain contohnya kecantikan, kekayaan dan lain-lain lagi
5.       Segala yang  ada padanya merupakan  usaha sendiri
6.       marah

 sekadarcatatan untuk diriku yang sering alpa

No comments:

Post a Comment