Thursday, 31 January 2013

masak lemak cili api umbut kelapa

salam untuk semua....hariini hari jumaat. Penghulu segala hari. Banyakkan berdoa dan berselawat. Masa memasakpun boleh selawat ..lagi berkat. Lama tak masukkan  entri resepi dari dapur mama. Buzy sikit. Banyak majlis di sekolah. Dah seminggu tak masuk dapur.My daughter cuti..biar dia bereksperimen dengan resepi-resepinya.
Hari ni mr husband tebang pokok kelapa. Apa lagi nak buat masak lemak la. cuma kali ni nak masak dengan ayam kampung. Sapa nak cuba ambik resepi ni.

1 ekor ayam kampung yang sederhana potong 4
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halis
1 inci kunyit
sedikit lengkuas
3 batang serai
5 biji cili padi( nak pedas tambah lagi..my hubby tak makan pedas)
1 camca teh serbuk ketumbar
1 sudu kerisik
2 keping asam keping
1 kotak santan kara
umbut kelapa...ikut suka nak letak banyak mana
cara-caranya
kisar bawang,halia ,kunyit,lengkuas dan lada. Masukkan ayam,serai dan bahan yang dikisar kedalam periuk bersama 4 cawan air dan rebus hingga ayam separuh masak. Lepas tu masukkan santan dan umbut.,garam secukup rasa serta asam keping.boleh tambah air kalau kuahnya sikit sangat Teruskan memasak dengan api yang sederhana hingga  ayam dan umbut betul-betul masak.
 
peringatan
umbut kelapa ni mestilah di hirih sederhana tebal, Jangan nipis sangat nanti hancur bila dimasak. Setelah dihiris rendam sekejap dalam air garam. Toskan dan siram dengan air bersih. Baru masuk dalam periuk.
gulai ni makan dengan nasik putih bersama ikan masin dan ulaman lagi best
,,,selamat mencuba gambar hiasan dari wikipidia

usiaku 6 tahun

Melihat anak kecilku yang petah berkata-kata agaknya aku dulu macam tu juga dulu-dulu kot.
Masa usiaku 6 tahun aku dihantar oleh abah ke tadika. Masa tu uda yah yang jadi cikgu tadika. Ramai juga pelajaar masa tu..tapi aku tak ingatla nama dia orang ni. Macam mana boleh hilang ingatan bab ni. Dalam kelas aku paling kecoh. Pandai juga la...bila cikgu ajar.rasa-rasanya aku ok je. ( Rasa-rasanya la)
Paling lucu masa graduasi tadika tu. Aku juga paling kecoh. Aku ni masa umur 6 tahun tersangatlah comel. Rambut panjang. Kalau pergi sekolah kena buat tocang. Kulit ku putih macam anak cina. Yang lucunya..masa persembahan pakaian beragam tu aku dipilih untuk mengayakan sari..
India berkulit putih
Aku ok jer..
Ramai la yang hadir, Tetamu kehormat orang-orang kemas. Mestilah cikgu nak tunjuk kehebatan anak-anak tadika ni. Aku yang comel dan agak berani sikit. Jadi dipanggillah aku untuk ditemuramah. Pengacara tu pun tanya ' Siapa nama adik? aku jawab:Ahmad,,,dia tanya lelaki ke perempuan..aku jawab lelaki...semua yang hadir terpinga-pinga yang kenal keluarga ku ketawa..(SEBENARNYA ADIK KU YANG BERNAMA AHMAD) ..Akupun hairan kenapa dia tak tanya nama aku. Dia tanya nama adik aku ni kenapa...tu la aku buat spoil majlis  Kat rumah aku tak pernah dipanggil adik ..aku ni anak sulung,,panggil along/akak,
Adoila...tu la aku masa usia ku 6 tahun

Bila kompang dipalu

 .Anak-anak pelajar warga SMKMM  mula berhimpun di dataran perhimpunan mulai jam 7.15 pagi lagi. Bagi yang mengenali guru ini kelihatan sayu memikirkan mereka akan ditinggalkan. Pasukan kompang  pimpinan k.ct dan zaimah segak berbaju melayu warna kuning( warna kesukaan bonda) pembawa bunga manggar juga tersenyum menanti insan dirai tiba Ajk bahagian hadiah cg, nita tekun menyusun hadiah.Cuaca agak menggusarkan .mendung pulak. Harap hujan tak turun sepanjang majlis tu nan ti. Aku takut aku je yang hujan air mata...
Setiap kali mengendalikan majlis perpisahan atau persaraan insha Allah urusan agenda majis tu ok je. Tapi yang susahnya mengendalikan emosi sendiri. Kalau aku tak dapat menahan sebak dan air matapun mengalir..susah ....abis la majlis..Biasanya dengan cg,karmila la digandingkan dan serasi bersama. Setelah meneliti pantun dan beberapa sajak aku memilih sajak perpisahan Bak Air mengalir karya dr.ghazali lateh yang agak panjang untuk diadaptasi sepanjang majlis ini.
BILA KOMPANG DIPALUBila kompamuu hatiku mula sayu..bermaakna majlis persaraan akan bermula. Macam biasa la majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku...lepas tu ucapan aluan pengerusi majlis.
Doapun dibaca untuk bermunajat memohon diberkati ilahi. Doa dibaca oleh ustaz azhar penuh penghayatan. Suasana hening seketika semua mengaminkannya dengan penuh khusyuk.Ada yang menitiskan air mata...sebak didada..aku..aku ni sensitif sangat..tak tahu nak kata apa..menangis dalam hati je la,,,Rupa-rupanya menurut ustaz semasa mengarang doa inipun airmata ustaz turut mengalir. Maknanya doa ini orang putih kata from deep of my heart...patutla sesiapa yang benar-benar menghayatinya pasti sayu. doa tulus untuk seorang sahabat. Beberapa kali aku menyendiri tak mahu mendengar ucapan-ucapan yang menyentuh emosi. Begitulah aku setiap kali mengendalikan majlis buat-buat tak layan perasaan sendiri,
 lucu juga,pernah.. aku menangis tanpa disedari oleh sesiapa masa majlis persaraan Hjh,Nik Raina,Masa baca biodata beliau disertakan tayangan slaid...jadi lampu di dewan hotel tu ditutup, Hanya cahaya samar menerangi mejaku,,,Tapi memang la sebak tak dapat ditahan. menangis je la Apa boleh buat Nasib baik boleh control suara orang lain tak perasaan kot
 .kedua masa perpisahan sir hasmuni..masa nak jemput sir berucap tiba-tiba aku tak dapat tahan air mata. tiba-tiba sedih melanda. Masa tu tengah hari,,majlis di dewan sekolah. Apa lagi masa sir berucap aku keluar dewan bersama sebotol air mineral untuk mencari ketenangan sebentar,,. Hati menangis tak siapa yang tahu...nanti nak cerita lagi..sampai sini dulu 

menanti

                             menanti
dengan penuh harapan
                           menguji kesabaran
setiap detik yang berlalu
terasa hambar
ditemani hembusan bayu
yang tak jemu memujuk
menghibur hati
saat kekecewaan melanda
damailah hati
lihatlah langit yang biru
tak jemu
memayungi dirimu
walaau panahan mentari sesekali mengigit-gigit
bertasbihlah
hiburkan dirimu
dengan puji-pujian kepada maha pencipta
terimalah kekurangan diri
namun
jangan sesekali mengalah
penantian bukan satu penyeksaan
tapi satu anugerah
mengingati Nya
tanpa jemu
walau
dalam penantian
(  hampir 2 jam sabar menunggu bas yang tak kunjung tiba)
31.1.2013

              

Wednesday, 30 January 2013

doa majlis persaraan madam ilani...yang karang/dibaca oleh ustaz AZHAR CHE HARUN

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اْلرَّحاَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.الْعَالَمِيْن،

Ya Allah ya tuhan kami, pada pagi yang ceria dan bersejarah ini kami dengan rendah hati menadah tangan, memohon restu dan perkenan, agar engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayahmu, serta ketabahan dan kekuatan kepada kami terutamanya kepada Pn. Hjh. Ilani  Ashari  yang akan bersara dan seterusnya menamatkankan perkhidmatan beliau sebagai seorang guru.

Sesungguhnya kami warga SMKMM dengan berat hati dan penuh kepiluan untuk melepaskan beliau dan terasa sekali kehilangannya. Di mana lagi akan kami temui gantinya. Namun apakan daya ya Allah memang benar janjimu setiap yang bermula pasti akan berakhir. Namun kami redha ya Allah. Jesteru, kami iringi persaraan beliau dengan doa dan harapan semoga kau anugerahkan kepadanya nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan dan kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan yang berpanjangan.

Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah.
Kurniakanlah kepadanya keredhaanmu di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang beliau bergelar sebagai seorang guru. Ya allah jikalau sebelum ini beliau umpama lilin menyinari orang lain, kini tiba masanya  kau terangi pula kehidupannya dengan hidayah dan taufikmu. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar beliau, kau catatkan sebagai satu amal jariah disisimu. Jadikanlah pengalaman suka duka puluhan tahun perkhidmatannya yang dinokhtahkan di SMKMM ini  sebagai detik paling bersejarah dan kenangan yang terindah sepanjang kehidupanya
Ya Allah, kau masukan beliau dan kami di kalangan hamba-hambamu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami daripada melanggari perintahmu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan dan kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras dan cerdas, rezeki yang halal dan berkat, zuriat yang beriman serta anugerahkan kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Doa ini
telah dipimpin oleh alfadil ustaz Azhar che harun semasa majlis persaraan hajah ilani Ashari pada 30januari 2013.. ramai yang menghayati doa
dengan titisan air mata...

skrip persaraan

Mengumumkan ketibaan insan yang dirai Puan hajah ilani Ashari Guru cemerlang bahasa inggeri ssekolah menengah kebangsaan mahmud mahyidin
(DIIRINGI PALUAN KOMPANG)
Bismillah…
Rabisrahli..
ASSALAMUALAIKUM…
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Yang di rai Puan hajah Ilani Ashari guru cemerlang Bahasa Inggeris SMKMM
Yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf
Tuan pengetua sekolah menengah kebangsaan Mahmud mahyidin
Puan Noor Adlina Gooi  Bt Abdullah penolong kanan pentadbiran
En. Mohd Nozlan Bin Omar Penolong kanan Hal Ehwal Murid
Puan Hajah Noor Azlina Omar Penolong Kanan Ko KURIKULUM
Puan Sharina Samsudin penolong kanan tingkatan enam,
Barisan guru-guru kanan
Barisan warga pendidik serta putera puteri  smk Mahmud mahyidin yang dikasihi sekalian
.bak air yang mengalir akhirnya kita tiba di muara waktu, perpisahan mengimbaumakna sebuah rindu  pada jejak-jejak yang lalu seribu liku
 hadirin yang di hormati sekalian.
 Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di dataran cemerlang ini untuk   meraikan majlis persaraan guru yang amat kita kasihi iaitu puan hajah ilani bt ashari. Sesunngguhnya  jasa dan bakti yang beliau sumbangkan alam bidang pendidikan amat bermakna untuk membantu anak bangsa maju khususnya dalam bidang bahasa Inggeris. Setelah mencurah bakti selama        27 tahun                  maka beliau  mengambil keputusan untuk menoktahkan kerjayanya  dalam usia 50 tahun
Bacaan doa
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi yang  berbahagia ini, marilah kita saama-sama menadahkan  tangan untuk bermunajat dan ber doa memohon restu dari yang maha Esa agar majlis dirahmati. Majlis mempersilakan Ustaz Azhar bin Che Harun bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.
terima kasih Al Fadzil Ustaz Azhar bin Che Harun  atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang  berlangsung dirahmati  oleh Yang Maha Agung.

ucapan pelajar
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan pelajar pembuka bicara
Didataran cemerlang  kita bersua
HADIRIN YANG DI HORMATI SEKALIAN MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN  nik nurliyana nik Mohd Fauzi menyampaikan ucapan sebagai mewakili pelajar SMKMM
Majlis  merakamkan ucapan terima kasih kepada nik nurliyana nik Mohd Fauzi yang telah menyampaikan ucapan sebagai mewakili pelajar SMKMm
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput  puan  hajah faridah mat noor  guru kanan bahasa  untuk menyampaikan sepatah kata bagi mewakili warga SMk Mahmud mahyidin
Dipersilakan.
Terima kasih kepada Puan Hajah Faridah Mat Nor guru kanan bahasa  yang telah menyampaikan sepatah kata bagi mewakili warga SMk Mahmud mahyidin

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf tuan pengetua smkmm  untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf tuan pengetua smkmm  yang telah sudi menyampaikan ucapan
selamat datang persaraan
kerana segalanya hanya sementara
melengkapi sebuah perjalanan..sebuah kehidupan
Belum sempat senja menjengah
Kau terpaksa melangkah pergi
Nyata masa singkat sekali
Kami akur demi pilihanmu
Patah tumbuh hilang berganti,
Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi....Buatmu  HJH ILANI ASHARI

Hadirin yang dihormati,
Sampai masa yang kita nantikan bagi mendengar bingkisan kata dan amanat DARI INSAN YANG DIRAI IAITU PUAN HAJAH ILANI ASHARI. , majlis dengan segala hormat  mempersilakan
Demikian... satu penyampaian dan pengucapan yang  telus membawa mesej dan makna  dari  hatinya yang paling dalam,..hajah Ilani Ashari

PERSEMBAHAN PELAJAR
PENYAMPAIAN  CENDERAHATI
Seterusnya ialah majlis penyampaian cenderamata tanda kenangan agar ingatan tak luput di hati, kepada yang DIRAI HJH ILANI ASHARI
BACA IKUT SUSUNAN
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.
PERGI SUNGAI MENCARI LOKAN
TERUS KE HUMA MENCARI PADI
SELAMAT BERSARA KAMI  UCAPKAN
TERUS BERBAKTI MANABUR BUDI
tiba masanya menyusun jemari
membuang segala kerikil dihati
yang terkhilaf dimaafi
yang sesal dimaafi
yang sesal diinsafi
yang lebih dibahagi
yang kutang dilengkapi
agar saat perpisahan ini indah
terlerai segala durja  gundah
tersirna cebisan amarah terurai segala yang ber canggah

( adaptasi sebahagian sajak karya dr ghazali lateh Sajak BAK AIR YANG MENGALIR)

Monday, 28 January 2013

Merenung ke dalam diri

Saban hari pelbagai kisah suka duka kehidupan insan didengari dan dilihat. Jika khabar gembira...kita senyum tertawa riang. Ucaplah syukur.Jika sebaliknya..kesedihan pasti terasa. Namun ucapkan juga syukur dengan nikmat kesedihan atau kesulitan yang datang. Sekurang-kurangnya kita pasti akan segera menadah tangan memohon  dan meminta agar Allah MEMBERI KESABARAN MENGHADAPI UJIANNYA. Itulah nikmat yang sering dilupakan iaitu nikmat kesusahan yang menjadikan kita hampir kepadaNya.
Allah suka mendengar rintihan hamba-hambanya dimalam yang sunyi. Bermunajat dan berdoa. Mengadu segala keresahan dijiwa. Memohon keampunannya. Merasai diri semakin kerdil di hadapan maha pencipta.
memhon rahmah dan inayahnya. Memohon diberi taufik dan hidayah sebagai panduan melalui ranjau kehidupan.Sebenarnya, ingatlah Allah ketika sehat atau sakit, ketika susah atau senang.ketika kaya atau miskin setiap saat. Jadikan kisah kehidupan insan sebagai panduan agar tidak sesat di dunia dan akhirat.
dunia ini sementara cuma.
( Pesanan buat diriku yang sering alpa  )

Bila rindu bertamu

Bila rindu bertamu
pasti
air mata mengalir lesu
tanpa dipaksa
ingin segera
aku ke sana
daerah itu
sentiasa bertahta di hati
daerah damai itu
sentiasa melambai-lambai
sentiasa memanggil-manggil
ah...
alangkah indahnya
hidup ini
andainya saat ini
aku berada di sana
bumi ambiak
tanah kelahiranmu kekasih Allah
walau tidak dapat menatap wajah mu
kehadiranmu dapat kurasakan
di sisi pusaramu
ya rassullullah
bila rindu bertamu
bawalah aku ke sana ya Allah
amin....


hanya padaMu

kadang kala
bila kesayuan melanda
diri bagai
buih-buih dilautan
terlalu kerdil
hanyut dibawa arus
mengharap
tibanya nanti
hanya di pulau harapan
bersama kasihmu
ya rabbi
jangan biarkan aku
terus hanyut
dibawa
kesayuan yang entah apa-apa
hanya
padaMu
aku berserah
dan bergantung harap

Sunday, 27 January 2013

ujian dan dugaan serta warna kehidupan

Salam buat semua....ungu kelabu biru sebahagian daripada warna-warna kehidupan.Ada kalanya warnanya begitu ceria..keriangan memenuhi segenap ruang kehidupan, Terbang bebas meneroka segenap alam. .Dunia ini bagai ana yang punya..SEGALA ITU ANUGERAH ILAHI.Jangan sampai kita alpa warna itu tidak selamanya begitu. Pabila warna bertukar kepada hitam dan kelabu....kita sering merasa Allah tidak adil( peringatan buat diriku)TANYALAH DIRI...adilkah kita kepada SANG PENCIPTA LANGIT DAN BUMI.Saban hari nikmatnya melimpah ruah. Allah tidak pernah lalai memberikan rezekinya kepada kita semua..APAKAH KITA TIDAK BERSYUKUR. Fikirkanlah dengan akal yang Allah kurniakan.lihatlah alam ini semuanya memberi bukti kekuasaan Allah.
Dengan ruang dan masa yang terhad kejarlah dunia sebagai bekalan ke akhirat.Semoga kita menjadi jutawan di dunia dan jutawan di akhirat.
Walau apapun warna kehidupan yang sedang kita lalui..terimalah seadanya dengan rasa rendah diri dan syukur kerana kita masih bernyawa untuk menikmatinya. Berdoalah semoga kehidupan kita diberkati ilahi. Hidup sentiasa diberi taufik dan hidayah. In Sha Allah seangkah kita mendekati Allah ..lebih dekat lagi Allah dengan kita.
wassalam

Friday, 25 January 2013

'Tinggal solat juga maksiat' - Terengganu - Sinar Harian

'Tinggal solat juga maksiat' - Terengganu - Sinar Harian

memujuk hati

duhai hati
Jangan sangsi dengan janji Allah
Allah maha pengasih maha penyayang kepada hambanya
bersyukurlah dengan nikmat dan rahmatnya
siapa yang bersyukur
nikmat Allah akan bertambah
jangan takbur
nanti lebur
percayalah
Allah maha adil
terimalah segalanya seadanya
jangan sesekali
menyalahkan takdir
ujian
kekayaan
kesusahan
bahagia
derita
lepasinya tanpa tanda tanya
kita milik ALAH..


Persaraan( KHAS BUAT MADAM HJH ILANI)



 BAK AIR YANG MENGALIR
( KARYA DR GHAZALI LATEH)

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
guru bahasa inggeris yang satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

(SEBAHAGIAN SAHAJA...SELEBIHNYA AKAN DIDEKLAMASI  PADA 30 JANUARI
INSHA ALLAH)


Thursday, 24 January 2013

Nabi Muhammad S.A.W

Salam maulidur rasul semua...Alhamdulillah semalamkita semua bercuti sempena hari kelahiran junjungan besar kita nabi Muhamad S.A.W. Apa yang mama nak kongsikan ialah salah satu sunnah baginda iaitu cara tidur Rasulullah. Hadis riwayat  At-Tarmizi,Ahmad dan Nasa'i menyatakan bahawasanya Baginda apabila hendak tidur selalunya akan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan dan akan berdoa                         " Tuhanku,lindungilah aku dari azabMu pada hari dibangkitkan hamba-hambaMu"
Seterusnya baginda akan tidur dalam keadaan mengiring ke kanan berbentuk tulisan Muhammad ( dalam tulisan jawi) iaitu tangan diletakkan dibawah pipi kanan dan kaki dibengkokkan sedikit ke atas. Baginda tidak akan tidur selagi belum membaca doa serta ayat tiga qul kemudian meyapunya keseluruh badan .Perlakuan ini termasuklah bacaan diulangi sebanyak tiga kali.
Info berguna ini mama dapat melalui buku Biografi Agung Rasulullah karya Rusydi Ramli Al-Jauhari,terbitanMust read sdn.bhd.
 Insha Allah sunnah ini jika diamalkan dapat melindingi diri kita daripada sebarang ganguan.Kalau nak tidur tu jangan terus tidur. Amalkan sunnah ini,
wassalam

Sunday, 13 January 2013