Salam maulidur rasul semua...Alhamdulillah semalamkita semua bercuti sempena hari kelahiran junjungan besar kita nabi Muhamad S.A.W. Apa yang mama nak kongsikan ialah salah satu sunnah baginda iaitu cara tidur Rasulullah. Hadis riwayat At-Tarmizi,Ahmad dan Nasa'i menyatakan bahawasanya Baginda apabila hendak tidur selalunya akan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan dan akan berdoa " Tuhanku,lindungilah aku dari azabMu pada hari dibangkitkan hamba-hambaMu"
Seterusnya baginda akan tidur dalam keadaan mengiring ke kanan berbentuk tulisan Muhammad ( dalam tulisan jawi) iaitu tangan diletakkan dibawah pipi kanan dan kaki dibengkokkan sedikit ke atas. Baginda tidak akan tidur selagi belum membaca doa serta ayat tiga qul kemudian meyapunya keseluruh badan .Perlakuan ini termasuklah bacaan diulangi sebanyak tiga kali.
Info berguna ini mama dapat melalui buku Biografi Agung Rasulullah karya Rusydi Ramli Al-Jauhari,terbitanMust read sdn.bhd.
Insha Allah sunnah ini jika diamalkan dapat melindingi diri kita daripada sebarang ganguan.Kalau nak tidur tu jangan terus tidur. Amalkan sunnah ini,
wassalam
No comments:
Post a Comment