.Anak-anak pelajar warga SMKMM mula berhimpun di dataran perhimpunan mulai jam 7.15 pagi lagi. Bagi yang mengenali guru ini kelihatan sayu memikirkan mereka akan ditinggalkan. Pasukan kompang pimpinan k.ct dan zaimah segak berbaju melayu warna kuning( warna kesukaan bonda) pembawa bunga manggar juga tersenyum menanti insan dirai tiba Ajk bahagian hadiah cg, nita tekun menyusun hadiah.Cuaca agak menggusarkan .mendung pulak. Harap hujan tak turun sepanjang majlis tu nan ti. Aku takut aku je yang hujan air mata...
Setiap kali mengendalikan majlis perpisahan atau persaraan insha Allah urusan agenda majis tu ok je. Tapi yang susahnya mengendalikan emosi sendiri. Kalau aku tak dapat menahan sebak dan air matapun mengalir..susah ....abis la majlis..Biasanya dengan cg,karmila la digandingkan dan serasi bersama. Setelah meneliti pantun dan beberapa sajak aku memilih sajak perpisahan Bak Air mengalir karya dr.ghazali lateh yang agak panjang untuk diadaptasi sepanjang majlis ini.
BILA KOMPANG DIPALUBila kompamuu hatiku mula sayu..bermaakna majlis persaraan akan bermula. Macam biasa la majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku...lepas tu ucapan aluan pengerusi majlis.
Doapun dibaca untuk bermunajat memohon diberkati ilahi. Doa dibaca oleh ustaz azhar penuh penghayatan. Suasana hening seketika semua mengaminkannya dengan penuh khusyuk.Ada yang menitiskan air mata...sebak didada..aku..aku ni sensitif sangat..tak tahu nak kata apa..menangis dalam hati je la,,,Rupa-rupanya menurut ustaz semasa mengarang doa inipun airmata ustaz turut mengalir. Maknanya doa ini orang putih kata from deep of my heart...patutla sesiapa yang benar-benar menghayatinya pasti sayu. doa tulus untuk seorang sahabat. Beberapa kali aku menyendiri tak mahu mendengar ucapan-ucapan yang menyentuh emosi. Begitulah aku setiap kali mengendalikan majlis buat-buat tak layan perasaan sendiri,
lucu juga,pernah.. aku menangis tanpa disedari oleh sesiapa masa majlis persaraan Hjh,Nik Raina,Masa baca biodata beliau disertakan tayangan slaid...jadi lampu di dewan hotel tu ditutup, Hanya cahaya samar menerangi mejaku,,,Tapi memang la sebak tak dapat ditahan. menangis je la Apa boleh buat Nasib baik boleh control suara orang lain tak perasaan kot
.kedua masa perpisahan sir hasmuni..masa nak jemput sir berucap tiba-tiba aku tak dapat tahan air mata. tiba-tiba sedih melanda. Masa tu tengah hari,,majlis di dewan sekolah. Apa lagi masa sir berucap aku keluar dewan bersama sebotol air mineral untuk mencari ketenangan sebentar,,. Hati menangis tak siapa yang tahu...nanti nak cerita lagi..sampai sini dulu
No comments:
Post a Comment