بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اْلرَّحاَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.الْعَالَمِيْن،
Ya Allah ya tuhan kami, pada pagi yang ceria dan bersejarah ini kami dengan rendah hati menadah tangan, memohon restu dan perkenan, agar engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayahmu, serta ketabahan dan kekuatan kepada kami terutamanya kepada Pn. Hjh. Ilani Ashari yang akan bersara dan seterusnya menamatkankan perkhidmatan beliau sebagai seorang guru.
Sesungguhnya kami warga SMKMM dengan berat hati dan penuh kepiluan untuk melepaskan beliau dan terasa sekali kehilangannya. Di mana lagi akan kami temui gantinya. Namun apakan daya ya Allah memang benar janjimu setiap yang bermula pasti akan berakhir. Namun kami redha ya Allah. Jesteru, kami iringi persaraan beliau dengan doa dan harapan semoga kau anugerahkan kepadanya nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan dan kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan yang berpanjangan.
Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah.
Kurniakanlah kepadanya keredhaanmu di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang beliau bergelar sebagai seorang guru. Ya allah jikalau sebelum ini beliau umpama lilin menyinari orang lain, kini tiba masanya kau terangi pula kehidupannya dengan hidayah dan taufikmu. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar beliau, kau catatkan sebagai satu amal jariah disisimu. Jadikanlah pengalaman suka duka puluhan tahun perkhidmatannya yang dinokhtahkan di SMKMM ini sebagai detik paling bersejarah dan kenangan yang terindah sepanjang kehidupanya
Ya Allah, kau masukan beliau dan kami di kalangan hamba-hambamu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami daripada melanggari perintahmu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan dan kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras dan cerdas, rezeki yang halal dan berkat, zuriat yang beriman serta anugerahkan kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Doa ini
telah dipimpin oleh alfadil ustaz Azhar che harun semasa majlis persaraan hajah ilani Ashari pada 30januari 2013.. ramai yang menghayati doa
dengan titisan air mata...
sebak...doa yang menyentuh perasaan setiap yang mendengar dan menghayatinya. Moga Allah mendengar dan mengabulkan hajat kita semua
ReplyDeletemohon share doa ni
ReplyDeleteminta izin untuk share
ReplyDeletemohin izinkan share
ReplyDeleteassalamualaikum, mohon jadikan rujukan, terima kasih
ReplyDelete