Saban hari pelbagai kisah suka duka kehidupan insan didengari dan dilihat. Jika khabar gembira...kita senyum tertawa riang. Ucaplah syukur.Jika sebaliknya..kesedihan pasti terasa. Namun ucapkan juga syukur dengan nikmat kesedihan atau kesulitan yang datang. Sekurang-kurangnya kita pasti akan segera menadah tangan memohon dan meminta agar Allah MEMBERI KESABARAN MENGHADAPI UJIANNYA. Itulah nikmat yang sering dilupakan iaitu nikmat kesusahan yang menjadikan kita hampir kepadaNya.
Allah suka mendengar rintihan hamba-hambanya dimalam yang sunyi. Bermunajat dan berdoa. Mengadu segala keresahan dijiwa. Memohon keampunannya. Merasai diri semakin kerdil di hadapan maha pencipta.
memhon rahmah dan inayahnya. Memohon diberi taufik dan hidayah sebagai panduan melalui ranjau kehidupan.Sebenarnya, ingatlah Allah ketika sehat atau sakit, ketika susah atau senang.ketika kaya atau miskin setiap saat. Jadikan kisah kehidupan insan sebagai panduan agar tidak sesat di dunia dan akhirat.
dunia ini sementara cuma.
( Pesanan buat diriku yang sering alpa )
No comments:
Post a Comment