Monday, 24 December 2012
PENGETUA BARU SMKMM MELAPOR DIRI
Tn. Hj.Wan Ibrahim Wan Yusuff menjadi pengetua SMK Mahmud Mahyidin yang ke 16 sejak ditubuhkan pada tahun januari 1965. Tahniah...semoga segala visi dan misi untuk menjadikan SMKMM sekolah unggul di daerah Tumpat akan terlaksana nanti. Dalam ucapan sulungnya, beliau memohon kerjasama semua warga SMKMM dan menuntut kesetiaan kepada sekolah demi memajukan SMKMM,,IN SHA ALLAH
Sunday, 23 December 2012
KAYA !..HOME MADE
SLM...wah excited la nak tulis entry ni..mama memang pengemar kaya tapi tak pernah cuba membuatnya. Suka sangak makan roti bakar yang dasapu kaya dan sebelah lagi sapu majerin. Tangkupkan ,,,makan panas-panas sedap. Akhirnya memberanikan diri juga untuk mencuba. Sejuk ujan lebat duduk kat dapur ok juga. Panas sikit. Setelah bersusah payah mengacau kaya ni sambil berselawat dan berdoa jadilah kaya ku ini.....akhirnya siap..dan bila sejuk anakanda makan..dia kata sedap. Wah..ok la tu ya.kat bawah ni resepinya:
2 cawan gula pasir (masak buat karamel) bila kuning tutup api dan masukkan satu cawan air panas kacau..buka api(sederhana) kacau lagi sampai gula larut.BERHATI-HATI SEBAB WAPNYA PANAS MASA MASUKKAN AIR PANAS. Lepas tu masukkan 2 cawan santan pekat ( saya guna 1 kotak kecil santan campur 1 cawan air ) kacau lagi hingga sebati. Tutup api biarkan suam. Masukkan 4 biji kuning telur,dan 2 sudu besar tepung kastad yang telah dilarutkan dalam secawan air. Kacau lagi bila dah sebati nyalakan api( sederhana) kacau hingga pekat dan berkilat..boleh la sejukkan dan makan...ikut cita rasa sendiri
semak balik bahan...
2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 cawan santan pekat
2sudu besar tepung kastard
1 cawan air sejuk
4 biji kuning telur
SELAMAT MENCUBA

Friday, 21 December 2012
Tepung pelita
HARI NI BUAT TEPUNG PELITA...bolehla cerita sikit..
Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras campur 2 sudu besar tepung jagung
7 cawan air ( sekali dengan air daun pandan..blend je secekak daun pandan pewarna hijau blh jg.)
1/2 cawan gula pasir
Sebatikan bahan di atas baru masak dengan dengan api sederhana hingga agak pekat dan berkilat. Selepas tu masukkan dalam acuan kecil/ kotak daun pisang (kalau rajin la)yang telah ditabur sedikit gula pasir, Masukkan cepat-cepat ,,,Lepas tu bolehla masak adunan lapisan atas
Lapisan atas
3/4 cawan tepung beras campur dua sudu tepung jagung
7 cawan santan ( Mama guna satu kotak kecil santan kara campur 5 cwn air, sebatikan selepas tu kacau atas api yang sederhana hingga berkilat. Jangan tinggalkan..kacau tanpa henti kalau tak nanti dia bergentel, Adunan lapisan bawah pun macam tu juga,.Lepas tu letak di atas lapisan hijau. Sejukkan sebelum dihidang/ simpan dalam peti sejuk...selamat mencuba..Mama da buat sedap dan menjadi .

Wednesday, 19 December 2012
Senarai pelajar cemerlang PMR SMKMM 2012
Assalamualaikum.... sana-sini orang memperkatakan tentang keputusan peperiksaan PMR yang baru diumumkan semalam. Lebih 30,000 orang pelajar seluruh negara mendapat A untuk semua matapelajaran. Sekali lagi dikesempatan ini mama nak ucapkan tahniah untuk semua calon PMR SMKMM 2012 yang berjaya. Tahniah juga untuk warga pendidik SMKMM ( khususnya menengah rendah) yang telah bertungkus lumus selama tiga tahun menyediakan pelajar serta doa semua pihak untuk memastikan mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah juga kepada para ibu bapa yang sentiasa berada disisi anak masing-masing memberi sokongan dan dorongan. Kejayaan anugerah Ilahi ini untuk kita semua syukuri. Alhamdulillah. Syukur pada Mu ya ALLAH. Berikut senarai pelajar cemerlang; 9A
1. Izzatul Aliya Zulkifli 8A.1. M. Faris Asyraf 7A. Semestinya Dinesh
2. Anis Sahiza 2. M.Azim Helmi
3. Nur Asma Amirah M.Asri 3. Nur Anis Suraya
4. Nur Syazila Sastery alzaman 4. Nur Lidiya Amani
5. Mohd Alif Faiz 5. Siti Maria
6. Nur Fatini Muhamad
Itu yang semua A. Ada lagi yang cemerlang Fathin Rash(8A1B) Calon 7A Khairi,Fikri,Nisha,Nur Suraya,Amirah Afifah dan,Aziewa, Farhan malik,Yurezal,Faizah Abdullah,Azimah syaqirah dan Nur Shazwanie dan 7 orang pelajar mendapat 6A salah seorangnya pelajar 3D(kalau tak silap Faris Jailani) Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung/ tidak langsung....Bonda Hjh Fauziah dan para pentadbir.warga pendidik, Staff ...Tak lupa Abe Mat yang bertungkus lumus mencetak (RISO) soalan latih tubi......Penat lelah akhirnya berbalui dengan izin ALLAH
Selamat menempuh dunia baru menengah atas yang semestinya berbeza. Perjalanan masih jauh. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Dunia ini hanya sementara.

Tuesday, 18 December 2012
Nasi minyak beras panjang Basmathi
slm.....hari ni makan tengah hari nasi minyak...Agak mudah juga la. Dah lama juga tidak masak nasi minyak. Teringin pulak nak makan. Hujung tahun ni tak banyak pulak jemputan kahwin. Dia orang ni takut banjir kot. Tu la tengok bekalan beras basmathi pulak tak de kat dapur. Beras lain pun boleh juga...tapi nak jga buat dengan beras basmathi. Terpaksa la memujuk en.husband pergi ke kedai untuk beli beras dan lain--lain bahan yang diperlukan. Rasanya nak makan nasik minyak dengan kerutub ...kerutub ayam boleh la, sedap juga kot. disebabkan nak masak sikit je...mama masak atas dapur gas je nasik ni.
BAHAN.BAHANNYA:
2 Cawan beras basmathi ( basuh dan toskan)
3 cawan air
bahan yang perlu dimayang
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
(mayang bahan diatas...
rempah penumis( kayu manis. buah pelaga, cengkih)
tumis bahan tersebut hingga naik bau( yang di mayang dan rempah penumis)
masukkan air dan sedikit garam
Apabila mendidih masukkan beras...bila kering tutup periuk dan perlahankan api.
Setelah separuh masah taburkan sedikit kismis dan letakkan 3 helai daun pandan.Tutup api apabila nasik masak...kalau tak hangit la wei. Masak dalam rice cooker lagi senang . Serupa je caranya.

Pengetua baru smk MAHMUD MAHYIDIN: Adam/Hawa
Assalamualaikum...tengok tajuk macam suspen je... Sebenarnya memang warga SMKMM menunggu kehadiran pengetua baru setelah bonda Fauziah mengosongkan jawatan itu september 2012. Sejak 2005 mama berada di SMKMM hanya sekejap je bersama pengetua dari kaum adam. Sejak PERTENGAHAN 2005(KALAU TAK SILAP) SMKMM diterajui oleh pengetua dari kaum Hawa. Bermula dengan hajah Nuriah, hjh.Nik Raina dan terakhir Hjh. Fauziah. Kekosongan tu pasti terisi jua nanti.In sha Allah tahun 2013 pasti disambut bersama pengetua baru. Siapa tu... Adam ke Hawa.. Kita tunggu la ya( dah tau pun).Apa-apapun ketiadaan pengetua beberapa bulan tiada masalah PKP(k.lin) and the gang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan urusan sekolah berjalan macam biasa. Tahniah...
RESULT PMR 2012
Jeng jeng jeng... dah sampai masanya yang ditunggu-tunggu oleh calon-calon PMR 2012. Esok In sha Allah keputusannya akan diumumkan Portal rasmi JPN Kelantan telah menyiarkan berita tentang perkara ni. Keputusan akan diumumkan diJPN jam 10.00 pagi. Para pelajar boleh lah mengambil slip keputusan masing-masing di sekolah biasanya lewat sikit. Mungkin jam 11.00 pagi. Sebab pihak sekolah nak selesaikan beberapa perkara seperti fotostat slip/ analisa keputusan untuk salinan sekolah. Untuk kebaikan bersama. Biasanya saya akan mengendalikan majlis penyerahan slip untuk calon-calon cemerlang . Ada majlis la sikit...biasanya ucapan pentadbir. Sebenarnya cikgu-cikgu lebih berdebar daripada pelajar. Almaklumlah setelah bertungkus lumus ..macam mana la hasilnya. Walau macamnana sekalipun result esok terimalah seadanya. Tahniah untuk yang berjaya ..yang kurang berjaya masih ada ruang. Any way wellcome boss baru..tunggu.
Bagi pelajar yang dapat A sejarah...tahniah. Alhamdulillah
Bagi pelajar yang dapat A sejarah...tahniah. Alhamdulillah
Sunday, 16 December 2012
MAKARONI MOZARELLA MAMA
Assalamualaikum...hujan masih turun dengan lebatnya. Semalaman katak-katak menjalankan tugasnya dengan ceria memanggil hujan. Alhamdulillah hujan rahmat. Pagi yang dingin mama tak mau melayan mata yang kalau ikutkan hati memang sedap tidur. Tetapi mengenangkan tidak baik amalkan tidur lepas subuh hasrat untuk tidur terus terpadam, Bergegas ke dapur, memanaskan badan. Pagi ni mama bercadang nak masak makaroni bakar,, yang dibakar dalam pemanggang ajaib.
Bahan-bahannya
250 gm makaroni ( direbus bersama dua sudu minyak zaitun)- toskan
bahan untuk dikisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sebiji lada besar(merah)
(tumis bahan kisar hingga garing, buang lebihan minyak)
masukan sedikit garam, sos cili, sos tomato dan kicap kacau rata-rata seterusnya masukan ( boleh pilih 200gram udang/isi ayam/,dagin/g ikut suka) setelah masak..rasa la secukup rasa masukkan makaroni, Kacau lagi hingga sebati. Angkat dan sejukkan, masukan kedalam pemanggang ajaib. Sementara tu sediakan 5 biji telur dan 2 cawan susu segar kacau hingga sebati..curah kedalam pemanggang ajaib yang telag diletakkan makaroni tadi. Hias dengan taburan hirisan daun bawang dan daun saderi. Akhir sekali tabur keju mozarella. Masak dengan api sederhana selama 20 minit atau hingga masak. Sedap tau

: Fungsi: Perihal Krim Putar atau Whipping Cream
Aku. Zack.: Fungsi: Perihal Krim Putar atau Whipping Cream: Perihal Krim Putar atau Whipping Cream Whipping Cream atau krim putar ini ada dua macam – Non-Dairy Whipping Cream dan juga Dairy Wh...
Saturday, 15 December 2012
KUIH LAPIS
Hujan turun dengan lebatnya sejak malam tadi. Trasa malas nak ke dapur. Sedap berselimut pagi=pagi di saat cuti sekolah masih berbaki. Tapi mengenangkan anak-anak yang bercuti mama segera ke dapur untuk memasak...Terlintas nak buat makaroni dan kuih lapis, Cerita tentang kuih lapis la..lama dah tak melapis. Bahan-bahannyanudah je, Semua ada di dapur. Mama gunakan 2 1/2 cawan tepung gandum,1 cawan gula pasir,2 sudu besar tepung ubi,2 sudu besar tepung jagung, 4 cawan air dan satu kotak ( kecil) santan ikut la jenama apapun. Biasanya mama gunakan santan kara. Blend/kisarkan semua bahan tu. Bahagi dua ikutla citarasa masing-masing nak warna apa. Kukuslah 7-10 minit setiap lapisan. Setiap lapis 1 cawan. Kalau nak tebal buat 11/2 cawan setiap lapis, Sebenarnya kita boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah rasa dan warnanya. Ikut selera masing-masing. Yang ni adunan asas. Boleh dipelbagaikan,
Alhamdulillah menjadi juga kuih lapis pagi ni...dapat la memenuhi citarasa anak-anak yang gemar lapis asli warna merah dan putih. Sesiapa nak mencuba..silakan
Alhamdulillah menjadi juga kuih lapis pagi ni...dapat la memenuhi citarasa anak-anak yang gemar lapis asli warna merah dan putih. Sesiapa nak mencuba..silakan
Tuesday, 11 December 2012
Pemanggang ajaib punya cerita
Kadang-kadang pening juga kepala nak memasak ni.Cuti sekolah ni jadi suru rumah sepenuh masa. Ok la walaupun penat. Banyak kerja yang boleh dibuat. Berbalik halmasak semula. Ada sebiji labu manis yang sedang-sedang besarnya. Fikir punya fikir saya pun buat keputusan untuk membuat labu masak lemak kuning dan bingka labu....tema labu hari ni. Sebenarnya saya nak memcuba pemanggang ajaib yang dibeli dari seorang rakan. Banyak la pulak sekarang ni..macam-macam jenama yang ada dipasaran.Ada yang beli kat pengkalan kubor RM 99 je. Saya pun membahagi 2 labu tu. Yang nak dibuat bingka direbus dan dilecek. Masa panas-panas tu saya campur 1 cawan gula dan kacau sampai halus dan suam-suam masukkan santan serbuk satu peket( nak guna santan kotak pun boleh). Kacau lagi baru masukkan 3 biji telur. Lepas tu masukkan pulak 2 cawan tepong gandum dan 2 cawan air sedikit sedikit. Kalau nak cepat blend je semua bahan-bahan tu.Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar selama 30 minit dengan api perlahan. Adunan ni sedang elok untuk satu kali masak. Suka betul tengok hasilnya...lembut dan sedap dan warnapun cantik xtak payah tambah pewarna. Sapa-sapa nak cuba boleh senang je..kamera rosak la tak boleh nak letak gambar...selamat mencuba.
Monday, 10 December 2012
5 tahun Arwak mak pergi meninggalkan kita
9.DISEMBER 2007...mak kembali kerahmatullah. Bermaksud genaplah lima tahun mak meninggalkan kita. Semoga mak sentiasa dicucuri rahmat dan aman di sana. Budi dan jasa mak memamg tidak terkira. Membesarkan aku tanpa kenal erti penat dan jemu. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat mak dihatiku. Kasih dan sayang mak masih terasa dan kekal hingga ke akhirat. Yang tak dapat dilupakan ialah aku tak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir.....Allah maha mengetahui . Dia punya rencana yang lebih baik untuk aku. Aku redha. Yang mampu aku lakukan ialah berdoa kepada yang maha Esa memohon agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramak soleh. Takboleh nak teruskan...sedih..rindukan mak..al-fatihah
: Acar Buah...my mom's recipe..,,adikku yang rajin mmbuatnya.
Lepak..Borak...Layannn....: Acar Buah...my mom's recipe...: Hari nie entri pasal acar buah pulak. Kalau kat Johor, ramai yg suka makan dengan nasi minyak...Arwah mak cukup suka makan dengan bubur ...
Sunday, 9 December 2012
KHASIAT MANGGIS
Inilah buah manggis yang dipetik oleh En. Malek di kampung halaman ku..Lenga. Musim manggis ni. Dulu masa kecik-kecik kita orang suka main teka-teki tentang isi yang ada di dalam buah manggis tu ada berapa ulas...Tengok lah di bahagian bawah buah manggis tu Allah da bagi jawapan. Buah manggis ni tak tipu tau. kalau kat luar tu ada petunjuk 5 ulas maka di dalam pun macam tu juga. MasyaAllah... rupanya banyak khasiat manggis ni yang nama saintifiknya Garcinia Mangostana ni. Kita ni tau makan je sebab sedap.Melalui bacaan yang saya buat manggis ni mengandungi 40 dan lebih bahan xanthones(apa tu...) iaitu sejenis super antioksida.ooooo macam tu rupanya. dikatakan boleh memulihkan sistem imunisasi kita,, Isi manggis ni antibakteria, anti kulat, anti penuaan (awet muda kot) dan mengandungi zat besi, niasin, kalsium. protein ,serat, vit.c.vit b1&b2(kena tanya dietetik ni), merendahkan kolestrol,banyak tu. makanlah buah tempatan tak rugi, Cari yang terus dari ladang macam manggis ni yang dipetik oleh en. Malek..(jangan marah uplodgambo ni,,) Saya pernah menonton rencana tentang kulit manggis ni di Thailand diprosen untuk dijadikan kosmetik iaitu syampu dan bedak,,kita buang macam tu je..tak tau nak buat apa. Rupanya ada kegunaannya, Ada juga petua yang diberikan oleh seorang sahabat iaitu kulit manggis ni dijemur hingga kering kemudian direbus, minm airnya boleh merawat kencing manis. Tapi malangnya buah manggis ni bermusim. Abis musim tak ada lah buah manggis,
Saturday, 8 December 2012
Asam pedas
Satu lagi masakan yang saya suka ialah asam pedas johor. Tapi bila dah bermastautin di kelantan resepinya trpaksa diubahsuai. Jadi sayapun telah mencipta resepi sendirimengikut selera anak-anak dan my darling. Ikan yang biasa saya gunakan ialah ikan pari yang agak besar,IKAN LAIN BOLEH JUGA IKAN TENGGIRI,TERUBUK,KEMBONG DLL.Sebelum dimasak ikan tersebut yang telah dibersihkan dan dipotong direndam terlebih dahulu dengan air yang dicampur garam dan asam jawa.
Bahan-bahan untuk dikisar
10 biji Bawang merah
4 biji bawang putih
halia(1inci)
lengkuas( 6hiris)
kunyit hidup(1inci)
Lada besar merah 6 biji (ikut suka kalau nak pedas tambah lagi kalau di Johor biasanya gunakan lada kering..15 tangkai)
sedikit belacan
Tumis hingga garing kemudian masukan air AGAK-AGAK LAH BANYAK MANA KUAHNYA, jangan banyak sangat.Setelah mendidih masukkan ikan gula,garam .Masak dengan api yang sederhana.Hingga agak pekat masukkan air asam jawa, Rasa lah secukup rasa. Sebelum tu boleh ditambah dengan daun kesom dan bunga kantan, Baunya...tak tahan
SELAMAT MENCUBA YA...

KUIH AMBONG
Pagi ni mood memasak ok. Tahap kerajinan berada pada paras yang baik. Jadi terfikir untuk membuat ambong comel. Buat la satu adunan je. Satu cawan gula pasir dipukul bersama 5 biji telur hingga kembang lepas tu baru dicampur dengan satu cawan tepung gamdum...senang je kan.kukus selama 15 minit. Tapi yang saya buat ni tambah sikit lagi tepung..langsung la terkeras sedikit. Tapi ok la rasanya.Adunan ni dapat 20 biji apam kecil saiz sederhana. Bolehla mencuba ya ....kalau nak tambah perasa/pewarna ok juga.tapi jangan sampai memudaratkan kesihatan.Pewarna berlebihan bahaya tau
MASJID...RUMAH ALLAH
Inilah masjid kristal yang terdapat di taman tamadun Islam Pulau Wan Man, Trengganu.Cantik..dikatakan masjid pintar pertama di Malaysia.Saya dah banyak kali lalu di kawasan ni. Tapi belum berkesempatan untuk singgah. Kali ni saya bukannak cerita tentang masjid ni. Tapi tentang solat di masjid. Banyak faedahnya .Terutamanya kita boleh mengimarahkan masjid sebagai lambang perpaduan umat islam Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim Solat berjemaah melebihi solat bersendirian 27darjat.Gunakanlah kelebihan ini selagi hayat dikandung badan.In Shaa Allah
Friday, 7 December 2012
Sambal petai & udang
Sambal ni tak pedas...sedap
Bahan-bahannya
8 biji cili basah(merah)
4 biji bawang putih
10 biji bawang merah
sedikit belacan
(semua bahan di atasdi kisar selepas tu tumis hingga naik bau/garing)
500 gm udang basah( bersihkan macam biasa la)
petai ( ikut suka la...6 papan boleh la. nak banyak tambah lagi)
air asam jawa ( suku cawan)
gula,garam secukup rasa
2biji Bawang besar (di mayang)
Setelah bahan tumis garing masukkan air setengah cawan, petai udang,,tunggu sampai petai dan udang masak masukkan air asam,gula dan garam . Rasa secukup rasa. masukkan bawang besar. Kalau nak berkuah tambah air sedikit lagi ikut cita rasa sendiri...selamat mencuba

Gulai serati
Musim cuti sekolah ni banyak la masa di rumah...Apa lagi asyik le memenuhi permintaan anak-anak. Hari ini pagi-pagi lagi pergi ke pasar tani Wakaf Bahru untuk mencari bahan-bahan untuk memasak. Wah jumpa serati yang telah siap disalai. Apa lagi suruhla penjualtu cincang. Senangkan sekarang kalau nak masak tak perlu bersusah payah menyediakan alat untuk mencincang. Serati ni biasanga tulangnya keras sikit. Langkah seterusnya ialah mencari rempah kerutukdan bahan-bahan lain yang tiada di dapur,Beli ubi kentang, lengkuas dan halia. Kerisik dah ada di rumah. Sampai di rumah teruslah kedapur untukmenyediakan makanan tengah hari. Masalah betul...selepas dua jam di masak serati ni asih liat lagi....tamnah masa merebus. Nasib baik hari ni hari jumaat sempat la serati ni masak dengan sempurna. Suka tengok my darling makan. Nampak berselera. Turut saya sediakan sayur kacang digoreng bersama bebola ikan dan ikan bilis goreng garing. Alhamdulillah syukur dengan rezekiNya
.: RESEPI ACAR TIMUN BEREMPAH @ ACAR RAMPAI MAK
Lepak..Borak...Layannn....: RESEPI ACAR TIMUN BEREMPAH @ ACAR RAMPAI: WAAAHAAA...Nak kongsi skett resepi tradisional (arwah mak saya yg ajar).KORANG PERNAH MKN X MAKANAN NIE?..Actually acar nie sedap dimakan de...
BERCUTI DI MELAKA...BILA LA NK BERKUMPUL LAGI YA.
Lepak..Borak...Layannn....: Malacca tour day 2...: wahahaha....2nd day kat mlka, 1 family da blk..mr malek n mrs betty terpaksa blk coz da start kojer..tgl la 3 family...pagi2 bdk nih da...
Hotel resort for you......: Pool Villa...Mayangsari Dungun
Hotel resort for you......: Pool Villa...Mayangsari Dungun: villa dengan kolam renang privasi ni kat Mayangsari Dungun.. Ada 2 jenis Villa : Pool Villa - 1 room RATE : 270.00 Pool Villa - 2 roo...
Hotel resort for you......: Mayangsari Suite A Famosa....Alor Gajah..
Hotel resort for you......: Mayangsari Suite A Famosa....Alor Gajah..: RM 235/night yang nie 1 room suite...dlm bilik ada 1 single bed n 1 queen... ni ruang tamu...ada 1 flat screen tv... ...
Subscribe to:
Posts (Atom)