Friday, 7 December 2012
Gulai serati
Musim cuti sekolah ni banyak la masa di rumah...Apa lagi asyik le memenuhi permintaan anak-anak. Hari ini pagi-pagi lagi pergi ke pasar tani Wakaf Bahru untuk mencari bahan-bahan untuk memasak. Wah jumpa serati yang telah siap disalai. Apa lagi suruhla penjualtu cincang. Senangkan sekarang kalau nak masak tak perlu bersusah payah menyediakan alat untuk mencincang. Serati ni biasanga tulangnya keras sikit. Langkah seterusnya ialah mencari rempah kerutukdan bahan-bahan lain yang tiada di dapur,Beli ubi kentang, lengkuas dan halia. Kerisik dah ada di rumah. Sampai di rumah teruslah kedapur untukmenyediakan makanan tengah hari. Masalah betul...selepas dua jam di masak serati ni asih liat lagi....tamnah masa merebus. Nasib baik hari ni hari jumaat sempat la serati ni masak dengan sempurna. Suka tengok my darling makan. Nampak berselera. Turut saya sediakan sayur kacang digoreng bersama bebola ikan dan ikan bilis goreng garing. Alhamdulillah syukur dengan rezekiNya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment