Tuesday, 18 December 2012

Nasi minyak beras panjang Basmathi

slm.....hari ni makan tengah hari nasi minyak...Agak mudah juga la. Dah lama juga tidak masak nasi minyak. Teringin pulak nak makan. Hujung tahun ni tak banyak pulak jemputan kahwin. Dia orang ni takut banjir kot. Tu la tengok bekalan beras basmathi  pulak tak de kat dapur. Beras lain pun boleh juga...tapi nak jga buat dengan beras basmathi. Terpaksa la memujuk en.husband pergi ke kedai untuk beli beras dan lain--lain bahan yang diperlukan. Rasanya nak makan nasik minyak dengan  kerutub ...kerutub ayam boleh la, sedap juga kot. disebabkan nak masak sikit je...mama masak atas dapur gas je nasik ni.
  BAHAN.BAHANNYA:
2 Cawan beras basmathi ( basuh dan toskan)
3 cawan air
bahan yang perlu dimayang
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
(mayang bahan diatas...
rempah penumis( kayu manis. buah pelaga, cengkih)
tumis bahan tersebut hingga naik bau( yang di mayang dan rempah penumis)
masukkan air dan sedikit garam
Apabila mendidih masukkan beras...bila kering tutup periuk dan perlahankan api.
Setelah separuh masah taburkan sedikit kismis dan letakkan 3 helai daun pandan.Tutup api apabila nasik masak...kalau tak hangit la wei. Masak dalam rice cooker lagi senang . Serupa je caranya.

No comments:

Post a Comment