Friday, 21 December 2012

Tepung pelita

HARI NI BUAT TEPUNG PELITA...bolehla cerita sikit..
Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras campur 2 sudu besar tepung jagung
7 cawan air ( sekali dengan air daun pandan..blend je secekak daun pandan pewarna hijau blh jg.)
1/2 cawan gula pasir
Sebatikan bahan di atas baru masak dengan  dengan api sederhana hingga agak pekat dan berkilat. Selepas tu masukkan dalam acuan  kecil/ kotak daun pisang (kalau rajin la)yang telah ditabur sedikit gula pasir, Masukkan cepat-cepat ,,,Lepas tu  bolehla masak adunan lapisan atas
Lapisan atas
 3/4 cawan tepung beras campur dua sudu tepung jagung
7 cawan santan ( Mama guna satu kotak  kecil santan kara campur 5 cwn air, sebatikan selepas tu kacau atas api yang sederhana hingga berkilat. Jangan tinggalkan..kacau tanpa henti kalau tak nanti  dia bergentel, Adunan lapisan bawah pun macam tu juga,.Lepas tu  letak di atas lapisan hijau. Sejukkan sebelum dihidang/ simpan dalam peti sejuk...selamat mencuba..Mama da buat sedap dan menjadi .








No comments:

Post a Comment